Thursday, June 19, 2014

Amalan Zikir

Assalamualaikum buat semua teman bloggers. Lebih setahun lamanya saya tidak mencoret didalam blog ini. Dikesempatan ini sempena dengan kemunculan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi, pasti ramai yang nak ingin membuat amal untuk menambahkan pahala dibulan mulia ini. Mungkin ada yang membaca buku-buku agama, membaca Al-Quran, dan sudah tentu ada juga yang ingin berzikir disetiap masa yang terluang tidak kira tempat kerana ianya cara yang paling mudah untuk menambah pahala kita seharian. 

Tasbih adalah merupakan alat penghitung zikir. Mengikut peredaran zaman, kini terdapat pelbagai jenis tasbih dikeluarkan dan termasuklah tasbih digital. Tasbih bukan sahaja digunakan untuk kita berzikir sahaja, malah ia juga boleh dijadikan hiasan atau hadiah buat semua. Mungkin ramai yang terlupa akan kebaikan berzikir, jadi ingin saya kongsikan bersama teman semua.


FAEDAH-FAEDAH ZIKIR:

20 faedah yang diperolehi oleh orang-orang yang berzikir apabila orang itu benar-benar mengerjakan zikirnya menurut cara yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal Soleh ini.
2. Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.
3. Memperolehi sebutan dari Allah dihadapan hamba-hamba yang pilihan.
4. Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.
5. Melepaskan diri dari azab.
6. Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari dari maksiat.
7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.
8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.
9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.
10. Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.
11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.
12. Melepaskan diri dari penyesalan.
13. Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.
14. Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.
15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta orang-orang yang berzikir , walaupun orang yang turut duduk itu orang yang tidak berbahagia.
16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan memperolehi kebaikan.
17. Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.
18. Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tiada mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.
19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.
20. Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi.

Zikir Membersihkan Hati

Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."
Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.
Oleh itu sebahagian ulama tasauf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat selama-lamanya. Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati.Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.

Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment